Empat wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes curi puluhan produk kecantikan di sebuah butik di Parit Raja, Batu Pahat dengan menyembunyikannya di dalam coli serta beg tangan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata sebelum itu empat wanita berkenaan ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di sekitar bandar ini.

“Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini sebelum polis mendapat perintah menahan reman tiga hari bagi siasatan lanjut dan suspek dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian semalam, taktik empat wanita yang mencuri puluhan produk kecantikan di sebuah butik dengan menyembunyikannya di dalam coli serta beg tangan mereka, terbongkar selepas pemilik butik meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) butiknya.

Rakaman CCTV berkenaan menjadi viral selepas pemilik butik itu memuat naik rakaman bertarikh 30 November lalu itu dan meminta pengguna media sosial membantunya mengesan empat wanita berkenaan.

BACA: (5 VIDEO) GENG TETEK MENGGANAS, REMBAT BARANG KOSMETIK RM2,000

BACA: CURI BARANG KOSMETIK: IDENTITI ‘GENG TETEK’ TELAH DIKENALPASTI

LEAVE A REPLY