Seorang lelaki hilang tujuh batang gigi selepas rokok elektronik (vape) meletup di mulutnya.

Dalam kejadian di Idaho, Amerika Syarikat itu, mangsa, Andrew Hall dilaporkan menggunakan tahap kepanasan yang tinggi ketika menyedut asap dari vape berkenaan.

Letupan vape berkenaan bukan sahaja mencederakan mulutnya tetapi turut menyebabkan kebakaran kecil di tandas rumah mangsa.

Kejadian yang menimpa jurujual berusia 30 tahun itu kemudian menjadi viral selepas mangsa memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya di laman sosial.

“Semalam ketika saya sedang bersedia untuk keluar bekerja, sesuatu yang tidak disangka dan mengejutkan telah berlaku.

“Saya telah menggunakan vape sejak sekian lama, tetapi ia telah meletup di muka saya.

“Saya kehilangan tujuh batang gigi, dan muka juga terbakar. Kerengkong dan lidah juga cedera,” katanya.

LEAVE A REPLY