PETALING JAYA: Utusan Malaysia perlu mempertimbangkan untuk menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) untuk penstrukturan semula, kata pengarah urusan kumpulan syarikat Datuk Mohd Noordin Abbas.

“Saya rasa Utusan tidak boleh lari daripada realiti di mana VSS mesti dilakukan, termasuklah pengurangan kos secara keseluruhan.

“Ini harus dilakukan bagi mengelak situasi pada masa akan datang di mana syarikat kerugian jutaan ringgit pada setiap bulan,” katanya pada mesyuarat agung tahunan pada Rabu.

Beliau turut berkata, langkah itu dapat membantu Utusan untuk membina semula syarikat dan perlu dipertimbangkan secara serius.

Pada mesyuarat itu, Nordin berkata bahawa langkah tersebut akan melibatkan pengurangan tenaga kerja sebanyak 50 peratus daripada 1,400 kakitangan.

Namun pihak syarikat harus mencari dana terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

Sementara itu, ketua pengarang Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa langkah melaksanakan VSS sudah terlambat memandangkan syarikat media lain telah melakukannya baru-baru ini.

“Utusan amat mementingkan kebajikan pekerjanya, tapi situasi ini menuntut kami melakukan sesuatu yang mungkin kami tidak fikirkan sebelum ini,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.