Lelaki yang digelar ‘ustaz kasanova’ didakwa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah hari ini atas enam tuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar nikah, percubaan poligami tanpa kebenaran mahkamah dan perkahwinan tanpa kebenaran pendaftar negeri bermastautin.

Mohd Razis Ismail, 34, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di depan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz dan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Mohd Razis yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan semua kesalahan terbabit mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 133 dan Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman bagi semua kes berkenaan.

Pendakwaan kes dilakukan Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin.

LEAVE A REPLY