KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas melanggar sebatang pokok sebelum terbakar dalam kejadian di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini pagi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.39 pagi mengenai kejadian tersebut sebelum satu jentera diketuai Komander Operasi, Rosli Abdullah Sani tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Advertisement

“Apabila tiba, kita dapati mangsa telah berjaya keluar sendiri dari kenderaan yang terbakar. Kereta mangsa terbakar 100 peratus dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.17 pagi.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.