KUALA LUMPUR – Untungnya dapat beraya bersama isteri dan madunya sekali.

Apalagi kalau kedua-duanya cantik dan muda.

Itu ‘tuah’ seorang ahli perniagaan di Sabah, Datuk Datu Fadli Fathullah, 29, yang menyambut Syawal kali ini bersama isteri pertama, Sherylin dan isteri kedua, Sabrina.

Sherylin berusia 27 tahun manakala Sabrina baru berusia 21 tahun.

Fadli Fathullah bersama Sherrylin.

“Saya bernikah dengan isteri muda tiga hari sebelum Ramadan dan berterus terang dengan isteri pertama.

“Bagi saya walaupun berisiko terus terang lagi baik daripada merahsiakannya daripada hidup dalam ketakutan.

“Saya tidak ada sebarang rahsia atau amalan cuma yakin dengan kejujuran saya dan tidak membelakangkan agama, Allah akan membantunya.

“Alhamdulilah, kini akhirnya kedua-dua isteri saya dan keluarganya menerimanya dengan baik,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Fadly Fathullah bersama Sabrina.

Foto mereka bertiga tular di laman media sosial selepas Sherrylin memuatnaik ke dalam laman media sosial sejak hari raya ketiga lalu.

Bersama Sherrylin, Fadli yang mempunyai syarikat produksi sendiri itu mempunyai dua cahaya mata berusia tiga tahun dan setahun.

Sherrylin seorang peniaga kosmetik manakala Sabrina pula peniaga jamu.

Mengimbas kembali bagaimana kedua-dua isterinya berbaik, beliau berkata, di luar pengetahuannya, Sherrylin dan Sabrina mengadakan pertemuan secara senyap-senyap.

“Pada masa itu mereka (kedua-dua) membuat pelbagai alasan untuk saya datang ke rumah dan apabila saya masuk saya terkejut kedua-dua (Sherrylin dan Sabrina) ada bersama,” katanya.

Ditanya apa perasaaannya ketika itu, Fadli hanya meluahkan rasa bahagianya dan bersyukur kepada tuhan.

Kebetulan kedua-dua isterinya berasal dari Sandakan, sambutan hari raya disambut di sana. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.