Aktivis antarabangsa hari ini mendesak pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian anak dara untuk wanita yang ingin memohon menyertai pasukan polis di negara itu.

Human Rights Watch (HRW) berkata, peraturan mewajibkan pemohon harus memeriksa sama masih dara atau belum berkahwin sebagai pra syarat untuk menjadi anggota polis perlu dimansuhkan.

HRW berkata, wanita Indonesia yang ditemubual oleh mereka mengakui bahawa mereka terpaksa melalui ujian membuktikan mereka masih dara sebagai salah satu syarat untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

Menurut sumber, ujian berkenaan mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusukkan dua jari dalam kemaluan pemohon.

“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman pahit dan memalukan itu,” ujar seorang pemohon yang berusia 19 tahun yang pernah melalui ujian pelik itu di Pekan Baru, Sumatera.

Jurucakap HRW, Nisha Varia, berkata, ujian dua jari itu harus dihentikan serta merta kerana ia mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita.

“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan semua markas polis yang lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya.

LEAVE A REPLY