Tujuh lelaki dipenjarakan dari 2010 hingga 2015 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka, kata Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Beliau berkata, mengikut statistik penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, sebanyak 726 kes ingkar direkodkan dalam tempoh berkenaan.

“Dari jumlah itu, sebanyak 495 kes difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu untuk tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Faktor utama mengapa golongan bapa enggan membayar nafkah anak adalah kerana tidak bertanggungjawab…kita lihat mereka mampu beristeri baharu malah, ada yang beli kereta baharu tetapi culas membayar nafkah anak bersama isteri terdahulu,” katanya.

LEAVE A REPLY