Pelakon Mira Filzah sering menjadi perhatian ramai kerana mempunyai wajah yang lemah lembut serta selalu kelihatan cantik bertudung.

Kini rezekinya dalam bidang hiburan semakin murah dan popularitinya juga sedang meningkat naik.

Bila dah popular pasti akan ada sedikit cerita tidak best mengenai seseorang artis akan timbul. Terbaru, netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat penampilan Mira dalam sebuah foto yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Rata-rata netizen mengkritik gaya tudung Mira yang agak singkat sehingga menampakkan buah dadanya. Mereka sangat rindukan imej Mira dahulu yang bertudung labuh serta sopan ketika beliau baru sahaja ingin mecipta nama dalam bidang seni.

Harapnya Mira dapat mendengar nasihat serta teguran peminat yang selama ini menjadi tulang belakangnya dalam industri hiburan. Boleh sahaja jika ingin mengikut trend semasa asalkan tetap menjaga penampilan yang bersesuaian sebagai seorang muslimah. Apa komen anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.