Telekom Malaysia (TM) sering hadir dengan promosi terhad berdasarkan lokasi dan sebagainya supaya pelanggan dapat melanggan perkhidmatan mereka.

Terkini, sejumlah pengedar TM dilihat mengadakan promosi terhad untuk melanggan pakej Streamyx.

Melalui risalah yang diperlihatkan, semua pakej Streamyx boleh dilanggan pada harga RM100 dan kurang.

Ini sekaligus memberikan penjimatan tambahan kepada pengguna berbanding harga Streamyx sedia ada yang agak mahal.

Namun, promosi terhad ini seperti hanya ditawarkan oleh pengedar di beberapa lokasi sahaja, dan bukannya pada seluruh negara.

Berikut merupakan antara pakej yang disediakan:

  • 1Mbps pada harga RM90
  • 2Mbps pada harga RM90
  • 4Mbps pada harga RM90
  • 8Mbps pada harga RM100

Bersama-sama langganan ini juga, pengguna akan menerima pakej panggilan ke talian tetap TM secara percuma, sementara pakej 8Mbps turut hadir dengan penawaran saluran asas Unifi TV.

Ia dilihat pakej ini ditawarkan untuk pendaftaran baru Streamyx. Buat masa ini, pelanggan sedia ada TM masih perlu membayar harga yang mahal untuk perkhidmatan mereka, mencapai RM110 untuk pakej 1Mbps.

TM sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan naik-taraf kepada Unifi atau naik-taraf kepada sehingga 2 kali ganda kelajuan.

Bagaimanapun, maklumat mengenainya masih tidak dikongsikan, malah halaman naik-taraf berkenaan juga turut telah dibuang oleh TM buat masa ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.