Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat terus berdepan tekanan hari ini dengan menyaksikan mata wang tempatan itu susut melepasi paras RM4.500 sedolar pada jam 11.42 pagi ini.

Kedudukan paling lemah ringgit sejak negara dilanda krisis kewangan Asia 1998 itu tercetus selepas dolar AS memulakan aliran kenaikan ketara ke paras tertingginya sejak 2002 bermula awal pagi ini selepas pengumuman data pertumbuhan kukuh sektor pengilangan negara itu.

Pergerakan ringgit terus terbabas untuk 40 minit seterusnya mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengahari, sekali gus menjadi viral dalam kalangan rakyat negara ini yang berkongsi mesej ringkas dalam media sosial.

Bagaimanapun, ringgit kembali ke bawah paras 4.4998 dalam dagangan sekitar 1.54 tengah hari, menjejaki corak pergerakan mata wang serantau yang turut terkesan pengukuhan luar biasa dolar AS.

LEAVE A REPLY