Pencarian pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, digantung bermula hari ini sehingga petunjuk baharu ditemui.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebentar tadi berkata, keputusan itu dipersetujui bersama oleh kerajaan Australia, Malaysia dan China.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Usaha mengesan pesawat berkenaan digerakkan di kawasan seluas 46,000 kilometer persegi membabitkan tiga negara di selatan Laut Hindi.

Pesawat yang membawa 12 kru dan 227 penumpang itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Sementara itu, AFP melaporkan, kenyataan bersama tiga negara itu menyebut tiada maklumat baharu ditemui bagi menentukan lokasi spesifik pesawat berkenaan.

“Sehubungan itu, pencarian dasar laut bagi MH370 ditangguhkan,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY