Terkini: 110 mayat nahas pesawat Boeing 737 ditemui

By | April 21, 2012

Sebanyak 110 mayat mangsa sebuah pesawat Boeing 737 yang terhempas dalam cuaca buruk sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad ditemui, lewat malam tadi.

Brigedier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas tersebut berkata, kebanyakannya sukar dikenal pasti berikutan keadaan pesawat yang hangus.

“Sisa pesawat bertaburan sehingga dua kilometer radius dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi,” katanya.

Pesawat milik The Bhoja Air itu melakukan penerbangan dari Karachi, dengan membawa penumpang berjumlah 127, termasuk enam anak kapal, yang kesemuanya dikhuatiri terbunuh.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply