KUALA TERENGGANU – Sudah tiba masa bagi Syarikat Air Terengganu (Satu) mengkaji semula kadar baharu tarif air dengan memastikan pelaksana­annya kelak tidak membebankan rakyat di negeri ini.

Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahman Yahya berkata, bagi tujuan itu pihaknya meminta syarikat berkenaan menyemak semula kadar sedia ada yang disifatkan sudah lapuk dan tidak pernah dipinda sejak pu­luhan tahun lalu.

Beliau ti­dak me­no­­lak kemungkinan pe­laksanaan kadar ba­haru tarif air itu akan melibatkan pe­ng­gunaan sektor pe­rindustrian dan tidak sekali-kali membebankan pe­ng­guna kalangan rak­yat di Terengganu.

Menurutnya, pada ma­sa ini, kadar tarif air di Terengganu merupakan antara negeri yang mengenakan kadar paling rendah.

“Tarif air Terengganu an­tara yang terendah, jadi se­karang ini kita minta (Satu) kaji balik agar dinaikkan tetapi tidak akan membebankan rakyat memandangkan 50 peratus penggunaan air di ne­geri ini adalah kalangan pengguna do­mestik (rakyat).

“Maksudnya, pengguna do­mestik masih menikmati kadar lama, tapi mungkin kadar (tarif baharu) ini dikenakan ke atas industri. Jadi, rakyat tak terbeban selaras dengan dasar kerajaan tak akan bebankan rakyat,” katanya.

Beliau yang mewakili Se­tiausaha Kerajaan negeri, Da­tuk Wan Nawawi Wan Ismail menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anu­gerah Jasa Mu Di­kenang Yayasan Pem­ba­ngunan Keluarga Te­rengganu (YPKT) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah YPKT, Mo­­hd. Shafaruddin Mus­taffa.

A. Rahman mem­beritahu, kajian me­­naikkan kadar tarif air itu dilakukan se­bagai alternatif ke­­­rajaan negeri agar tidak terus terlalu bergantung kepada hasil petroleum sebagai sumber ekonomi negeri.

Ditanya mengenai kadar baharu yang dicadangkan itu, jelas beliau, buat masa ini perkara itu belum diputuskan kerana masih dalam kajian.

Difahamkan, tarif air di Te­rengganu masih kadar lama sejak lebih 20 tahun lalu iaitu RM1.15 sen meter padu sekali gus menjadi negeri terendah mengenakan kadar itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.