Negeri Sabah dan Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai lokasi menarik yang cukup berbaloi untuk dikunjungi. Selain Kundasang, Kuching dan Kota Kinabalu yang merupakan lokasi terkenal, ada banyak tempat lain yang cukup berbaloi untuk anda kunjungi. Antaranya, 5 lokasi ini.

#1 Taman Negara Bako

Taman Negara tertua di Sarawak yang terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching. Untuk ke sini perlu menaiki bot dari Kampung Bako. Ada 16 laluan untuk diterokai yang setiap satunya memberi pengalaman berbeza. Babi hutan, monyet probosic, ratusan spesies burung, air terjun, pantai, bukit, pelbagai spesies tumbuhan dan pemandangan tanjung tunggul berbatu menakjubkan menanti anda.

#2 Tusan Cliff, Miri

Batu tebing berbentuk seperti kepala kuda sedang minum air yang hanya dapat dilihat dengan jelas ketika air surut. Terletak di Pantai Tusan Bekenu atau dikenali sebagai Pantai Biru kerana airnya akan bertukar kepada warna biru pada waktu-waktu tertentu disebabkan kehadiran obor-obor. Inilah lokasi terbaik di Miri untuk anda yang ingin melihat panorama matahari terbenam yang awesome!

#3 Tanjung Simpang Mengayau, Kudat

Tiga jam lebih masa diambil dari Kota Kinabalu untuk sampai ke lokasi yang dikenali sebagai Tip of Borneo atau Tanduk Negeri Sabah ini. Lokasi ini terletak di Kudat dan untuk sampai ke tempat ini, anda akan lalui jalan satu lorong yang sunyi. Tetapi setelah tiba di kawasan ini, segala penat lelah hilang. Inilah lokasi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu dan jika bernasib baik boleh lihat pertembungan antara dua laut ini. Memang cantik!

#4 Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Untuk ke sini, anda mengambil masa perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit menaiki bot.

#5 Pelompung Melangkap, Kota Belud

Polumpung Melangkap Camp Site menjadi tarikan disebabkan oleh keindahan alam semulajadinya. Lokasi ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 29km dari pekan Kota Belud. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, selain selfie, anda boleh berenang dan berkhemah di sini.

So, apa lagi… Bolehlah rancang roadtrip ke Sabah dan Sarawak. Banyak tempat menarik menanti anda!

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.