Perkongsian gambar pelakon dan jurulatih kecergasan, Sharifah Sakinah menerusi akaun Instagram yang memperlihatkan ‘baby bump’ jelas membuktikan dirinya sedang hamil anak pertama.

Jika sebelum ini, Sakinah menafikan dirinya hamil, namun perkongsian gambar tersebut jelas membuktikan sebaliknya.

Gambar tersebut diambil ketika meluangkan masa bersama rakan artis iaitu Marsha dan Jiji Zainal.

Namun, Sakinah tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai kehamilannya dan kapsyen gambar tersebut hanya tertulis ‘Feels like sunday’.

Perkongsian Sakinah itu mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang teruja dengan kehamilan pelakon tersebut.

Selama ini berita kehamilan Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya, Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi status yang dimuat naik di Instagram.

Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan Mac lalu ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Pada waktu itu Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang .

Sakinah berkahwin dengan pilihan hatinya Aliff Adha, seorang juruterbang di sebuah majlis yang berlangsung di dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Mac tahun lalu.

LEAVE A REPLY