Tasha Shilla Mengaku Layan Datuk?

Isu ‘berkawan’ dengan Datuk ini memang sudah lama diperkatakan orang. Laman media sosial dan juga industri hiburan heboh memperkatakan perihal Tasha Shilla yang kononnya keluar bersama seorang berpangkat ‘Datuk’.

Raut wajahnya menunjukkan sedikit kepenatan bila diajukan soalan sama.“Saya rasa, isu ni pun dah dibangkitkan, dan saya sudah menjawab,” kata Tasha semasa sidang media video muzik Lintasan Bintang, oleh Awan Band. “Mungkin ada di kalangan peminat saya yang bergelar Datuk, atau saya mungkin pernah melayan mereka sebelum ini.”

Jangan salah faham, Tasha ‘melayan’ Datuk dan juga pelanggan-pelanggan lain di kedai Prada di pusat membeli-belah Pavilion, tempat dia pernah bekerja dahulu. Tasha tidak menafikan mungkin pernah kenal dengan pelanggan berpangkat ‘Datuk’ semasa bekerja di sana.

“Saya rasa, ada pihak yang sengaja nak ‘provoke’ cerita yang kemenangan saya di ABPBH (sebagai Artis Baru Popular) pun ditaja oleh seorang Datuk,” kata Tasha. “Walaupun, sebenarnya, peminat dan kelab peminat saya yang bekerja keras mengundi saya semasa musim ABPBH.

“Saya amat terhutang budi dengan semua yang telah mengundi saya, oleh itu, saya ada bercadang mungkin bulan depan, untuk keluar bermain bowling dengan kelab peminat saya. Saya sentiasa berhubung dengan Fazz dan Eja – admin kelab peminat saya.”

Agak klise untuk seorang artis yang cantik seperti Tasha dirisik oleh ‘Datuk-Datuk’, terutama selepas kemenangannya di ABPBH. Namun, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Siapa sanggup menentukan jodoh sesiapa – mahupun jika seseorang itu bergelar Datuk atau Tan Sri.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.