maha-2016Tarikh dan lokasi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016. Sempena cuti sekolah kali ini, ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia iaitu MAHA 2016 akan dilangsungkan bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula pada 1 hingga 11 Disember 2016.

Maklumat Info Rasmi Pameran MAHA 2016

Tarikh : 1 – 11 Disember 2016
Lokasi: MAEPS Serdang, Selangor
Tema MAHA 2016: Our Food Our Future
Maskot Rasmi: Upin Ipin

MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara. Antara tarikan utama MAHA 2016 adalah:

  • Seminar perniagaan
  • Bengkel
  • Pelancaran produk
  • Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  • Agro bazaar
  • Pelancongan tani
  • Persembahan kebudayaan
  • Demonstrasi masakan

Apa Yang Menarik Di MAHA 2016?

maha-2016-22

maha-2016-21

Kepada ibu bapa semua, inilah peluang terbaik untuk membawa anak-anak bercuti ketika cuti sekolah. Semoga Pameran MAHA 2016 kali ini lebih meriah dan menghiburkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FB MAHA 2016 dan Laman web MAHA 2016.

Nikmati makanan dan hasil pertanian terbaik Malaysia Disember ini. Selamat berekspo.

LEAVE A REPLY