awamSebuah tandas awam lima bintang yang berharga lebih RM500,000 dibina di Chongqing dan penduduk di kawasan tersebut sudah tentu teruja untuk merasai rasa mewah berada di dalam tandas awam itu.

Menurut Shanghaiist, bahagian dalam tandas itu dibina dengan marmar dan kayu, manakal bahagian bilik dibina untuk menjadi satu tempat yang selesa.

Kemudahan berkeluasan 150 meter persegi itu juga mempunyai sistem pendingin hawa berpusat yang bertujuan untuk memanaskan keseluruhan kawasan itu pada 26 darjah celcius.

Lebih menarik, satu bilik khusus untuk membuang air kecil diletakkan di satu sudut dengan pemandangan yang indah.

Pemandangan dari dalam tandas.
Pemandangan dari dalam tandas.

Selain itu, tandas lima bintang itu juga dilengkapi dengan lukisan-lukisan dan tumbuhan. Muzik latar juga turut dimainkan dengan sistem stereo berkualiti tinggi.

Tandas tersebut beroperasi 24 jam sehari.

Pintu masuk.
Pintu masuk.
Bahagian dalam tandas dibina dengan marmar dan kayu.
Bahagian dalam tandas dibina dengan marmar dan kayu.
Tempat basuh tangan.
Tempat basuh tangan.
Bahagian dalam bilik yang selesa.
Bahagian dalam bilik yang selesa.
Antara lukisan di tandas itu
Antara lukisan di tandas itu
Pintu masuk.
Pintu masuk.
Pemandangan dari dalam tandas
Pemandangan dari dalam tandas
Pemandangan dari luar tandas.
Pemandangan dari luar tandas.
Lampu ekslusif.
Lampu ekslusif.

LEAVE A REPLY