skandal-khalwatSeorang anggota polis menemui ajal setelah terjun dari tingkat empat pangsapuri selepas cuba mengelak dicekup berkhalwat dengan kekasihnya.

Lelaki itu ditemui terbaring di bawah pangsapuri itu, di Pandan Perdana, ketika penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu unit di situ jam 3 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Daripada siasatan, teman wanitanya berkata anggota polis berkenaan, yang bertugas di balai Bukit Jalil, terjun dari bangunan empat tingkat kerana takut ditangkap.

Lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang, namun meninggal dunia jam 6.45 pagi tadi.

Dalam kejadian berasingan, lapor portal itu, seorang lagi anggota polis dalam keadaan parah setelah terjun bangunan di Taman Puchong Perdana untuk mengelak diberkas Jais.

Laporan itu bagaimanapun tidak menceritakan butiran kejadian kedua ini. Setakat berita itu dilaporkan, identiti anggota polis ini masih belum dikenal pasti.

Pengarah Jais Datuk Haris Kasim mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas sebelum siasatan penuh selesai.

LEAVE A REPLY