BERGURAU dengan menayang payudara tanpa rasa segan silu di tempat awam sebelum perbuatan itu lalu dimuat naik di laman sosial.

Itu antara tindakan memalukan dilakukan dua individu yang dipercayai melakukan gurauan melampau di sebuah restoran.

Video berdurasi 10 saat yang menjadi tular sejak kelmarin menunjukkan seorang wanita berperwatakan lelaki sengaja menarik baju rakan `wanitanya’ sehingga menampakkan payudara.

Penganalisa Jenayah terkenal, Kamal Affendi mendakwa terkejut dengan penyebaran video itu yang jelas keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Menurutnya, perbuatan itu dikategorikan sebagai ‘exhibitionist’ di mana si pelaku akan merasa puas apabila gambar atau videonya dirakam dan dimuatnaik dalam laman media sosial untuk tatapan umum.

“Si pelaku seolah-olah sudah hilang rasa malu. Perbuatan ini sama seperti lelaki yang menunjukkan kemaluan kepada wanita atau melakukannya di tempat awam.

“Dalam forensik psikiatri kita menggelarkannya sebagai `exhibitionist’ atau pameran,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Menurutnya, video itu memaparkan seorang wanita berperwatakan lelaki duduk di kerusi di hadapan seorang `wanita’ di sebuah restoran sebelum secara tiba-tiba menarik baju rakan `wanitanya’ hingga menampakkan payudara.

`Wanita’ berkenaan yang terkejut kemudian segera menutup payudaranya menggunakan tangan sebelum mengatakan video itu berisiko itu akan menjadi tular.

Kamal berkata, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pelaku atas kebiadapannya dan juga kepada individu yang memuat naik video itu kerana menyalahgunakan laman sosial dengan kandungan jelik.

“Individu yang merakam video ini dan pemilik tubuh wajar dikenakan tindakan lebih keras kerana melakukan kelucahan di tempat awam sekiranya ia berlaku di negara ini,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here