Selepas terdedahnya lakaran konsep Avengers 4, nampaknya tajuk rasmi Avengers 4 pula terdedah kepada umum.

Menurut laman hiburan Omega Underground, pengarah perfileman Marvel Studios, Trent Opaloch menyenaraikan filem-filem di bawah seliaannya dan paling baharu beliau menambah tajuk filem Avengers 4 dengan ‘Avengers: End Game‘.

Mungkin Trent terlepas pandang tentang perkara ini dan selepas screenshot ini mula tular, beliau menggantikan nama filem berkenaan kepada ‘Avengers 4’ sahaja.

Jika benar mereka akan menggunakan tajuk End Game, rasanya seperti kurang kuat. Mungkin ini hanya sekadar working title untuk Avengers 4 terlebih dahulu. Tajuk ini juga boleh disangkal kerana hadirin yang menghadiri ekspo CineEurope, mereka berkata tajuknya lain pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.