Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2012

http://4.bp.blogspot.com/-dAxJJi61KnI/TcJVecB6p8I/AAAAAAAAAnc/TTCj4xOn8LA/s1600/green_chalk_board_4cld.jpg

Berikut admin kongsikan maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (6 Bawah) di Sekolah Menengah Harian bagi tahun 2012. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruangan komen di bawah

Kemasukan
Mengikut Jenis Sekolah

  1. Sekolah Menengah Harian
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu

Mengikut Jenis Calon

  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011

Syarat Kelayakan
Syarat Am

  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Kemanusiaan

  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Matematik / Matematik Tambahan
II Fizik
III Kimia
IV Biologi
V Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama

  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama

  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2010.
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2010 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2009 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2009 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2010 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2010 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2011 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2009 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2010.
Permohonan Pertukaran Sekolah
  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2009;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  3. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  4. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat pada 24 Mei hingga 27 Mei 2010.

Maklumat

  1. Sila rujuk kategori Tingkatan 6 untuk mendapat lebih banyak maklumat yang berkaitan.
  2. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010.
  3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  4. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.

Incoming search terms:

  1. nak tanye sekolah mana yg mmberi pilihan kpd pelajar tuk pilih subjek yg dingini pelajar

    Reply
  2. nak tanya kalau saya nak ambik subjek agma shja, sklh mne yg ditwrkn ea? smsa spm sy tdk mngmbl Bahasa Arab Tinggi (BAT)

    Reply
  3. sekolah mane yg tawarkan subjek yg kte minat n mcm mane pulak kalau subjek yg kte minat ue…syarat kelayakan nye tak seperti yg dye mntak?

    Reply
  4. kalau nak jadi ahli geologi apa matapelajaran yang harus diambil ? boleh x ambil matapelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah tetapi kita ambil masa STPM ? plzz help !

    Reply
  5. fahmi ibrahim Apr 14, 2012, 8:17 pm

    saya nak tahu bila keputusan form6 kelua?!

    Reply
  6. salam…sy nk menyakan satu satu s0aln..adkh blh msk ke tingktn 6 dng tidak kredit ketiga2 subjet sains tulen..(msk alirn sains)??

    Reply
  7. Saya umo 20 taun ni dn tk pnah ambik stpm… bru skrang nk ambik… bole tak?

    Reply
  8. saya umur 19 thun tpi bru nk msuk form6 thn ni,kat mana saya boleh apply ye?

    Reply
  9. sy nk tanya, sy nk msuk fOrm6 tp kena g plkn 1 mei 2012,pndaftaran form 6,8 mei 2012.. 14 julai baru sy balik .. sebaik2 nye tangguh plkn /g plkn dulu balik baru naik form 6???

    Reply
  10. kalau BM saya dapat C,boleh masuk tak?

    Reply
  11. salam 1 malaysia.boleh ka sya bertanya kalau sekiranya sya mendapat tiga 3kredit dalam SPM,tetapi sya tidak mendapat kepujian dalam bahasa malaysia..adakah sya masi ada harapan untuk melanjutkan
    pelajaran saya di STPM 2012

    Reply
  12. thn f6 dah mula sistem bru kn…sy dah umur 19thn..
    bleh ke sy wat rayuan tu masuk f6 bwh thun nie????

    Reply
  13. saya lepasan spm 2011 tetapi saya tidak terpilih masuk ke form 6.mcm mna sya nak memohon untuk masuk ke form6..sbb sya sangat teringin masuk ke form 6.ini adalah salah satu jalan kehidpan saya… anda bole menghubungi sya:0165526964.

    Reply
  14. hmm .. nak tanya kalau gagal math dan inggeris layak kah masuk tingkatan 6 bawah??????

    Reply
  15. saya lepasan spm 2010, apakah saya masih layak membuat rayuan ke tingkatan 6 rendah 2012

    Reply
  16. what can i do,if i want transfer the school for form 6 bcs form 6 ald start…i’m in kl now but my school for from 6 in sibu there???

    Reply
  17. ada tak bagi golongan awam,,,lepasan tahun 2001 masuk form 6??apa boleh buat rayuan atau secara swasta??,,.terima kasih…rose_lek83@yahoo.com

    Reply
  18. saya dari jurusan kemanusiaan. keputusan SPM 2012 BM=C BI , moral, sains dan seni visual =B+ mathematics =A-
    Bolehkah saya masuk ke tingkatan 6 tahun 2013? sila PM (0124507570)atau emel (chihim@gmail.com) saya .

    Reply
  19. saya dari sekolah menengah kebangsaan jerantut ~~
    keputusan SPM saya ialah
    akaun and sains dpt A
    maths and ekonomi dpt A-
    sejarah BC moral dpt B+
    BM dpt B
    add maths and BI dpt C+
    blh masuk ke tingkatan enam tak ?
    bila blh mendapat surat ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.