GAZA: Seorang wanita Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Gaza dalam insiden keganasan tunjuk perasaan terbaharu, kata sumber perubatan Palestin.

Razan al-Najjar, 21, ditembak di Khan Yunis, selatan wilayah itu, hari ini, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qadra dan menjadikan jumlah keseluruhan penduduk Gaza maut akibat tembakan tentera Zionis meningkat kepada 123, sejak Mac lalu.

Advertisement

Menurut Qudra, Najjar adalah sukarelawan kementerian. Katanya, wanita itu memakai pakaian seragam perubatan, ketika ditembak di bahagian dada. Jurucakap tentera Israel berkata, mereka sedang menyiasat laporan itu.

“Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di sepanjang sempadan dengan membakar tayar berhampiran pagar keselamatan serta cuba merosakkan kemudahan keselamatan,” menurut kenyataan tentera Israel. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.