Gara-gara menegur tidak membelikan makanan, isteri hamil tiga bulan dibelasah dan dikencing suaminya sewaktu bertengkar di rumah mereka, di Kulim.

Suspek berusia 34 tahun melakukan perbuatan kejam itu pada malam Selasa lalu dan mengheret mangsa keluar ke jalan raya pada keesokan harinya, lapor Harian Metro.

“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahan menarik rambut isteri dan menendang perut wanita itu menyebabkan dia mengerang kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu dia memukul isteri beberapa minit menyebabkan wanita itu sukar bernafas,” lapor akhbar itu memetik sumber.

Penderitaan mangsa berterusan apabila suaminya sekali lagi mengamuk dan membelasah pada hari berikutnya mengheret dia ke luar rumah hingga ke jalan raya.

“Lebih teruk suspek tergamak kencing ke badan isterinya dan mengheret mangsa keluar dari rumah.

“Walaupun merayu, suspek tidak mengedahkannya sebaliknya terus memukul mangsa selama beberapa minit sebelum beredar,” kata sumber itu lagi.

Mangsa difahamkan sering dipukul suami nekad membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad dilaporkan mengesahkan laporan kejadian berkenaan.

LEAVE A REPLY