Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, malam tadi, 22 Mei

DS Abdul Azeez yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti UMNO dan Ahli Parlimen Baling itu telah mengesahkan perkara ini, menurut laporan MalaysiaKini.

Tambah DS Abdul Azeez, daripada penggeledahan tersebut, SPRM telah merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas oleh SPRM.

Ahli Parlimen Baling itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM sekiranya diperlukan.

“Saya sedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam sebarang siasatan.

“Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut,” katanya.

Menurut laporan Astro Awani, selain daripada kediamannya di Baling, SPRM turut melakukan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez di Subang, Selangor

Antara barangan yang dirampas adalah wang tunai berjumlah hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara seperti Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.

Difahamkan serbuan yang dilakukan pada pukul 12.30 tengah hari itu adalah bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.