Spa Seks Di Kajang Kena Serbu | Blog Berita Online

Spa Seks Di Kajang Kena Serbu

September 25th, 2013 0 Comments Dalam Negeri, Jenayah

Kegiatan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan seks dalam spa terbongkar selepas serbuan polis di sebuah hotel di Kajang, kelmarin.

Difahamkan, ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, premis yang dilengkapi lebih 20 bilik kecil dipenuhi wanita sedang menunggu pelanggan.

Seramai 31 pelacur termasuk warga asing dari Vietnam (11), China (2), Indonesia (2) dan Rusia (1) ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu.

Serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang dan pencegahan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil turut menahan lima pelanggan, dua penjaga premis dan empat pekerja.

Jurucakap polis berkata, semua warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk siasatan.

“Premis beroperasi 24 jam itu tawarkan pakej boleh mencecah sehingga RM218, tetapi setiap pelacur hanya diberi RM25 bagi perkhidmatan dan mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg