Soalan Spot Ekonomi Asas K2 SPM 2011 | Blog Berita Online

Soalan Spot Ekonomi Asas K2 SPM 2011

December 1st, 2011 6 Comments Pendidikan

Jika sebelum ini kami kongsikan Soalan Ramalan Ekonomi Asas SPM 2011 untuk kertas 1, ini pula adalah Soalan Spot Ekonomi Asas untuk kertas 2. Semoga perkongsian ini memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran. Salam sukses untuk semua calon SPM Ekonomi Asas 2011 Selasa ini.

BAB 1 

DEFINISI EKONOMI
1) Berikan maksud ekonomi (3m)
2) Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran (8m)
JENIS BARANG
GAMBAR 1: KERETA
GAMBAR 2 : BALAI POLIS
1) a) Apakah jenis barang dalam gambar 1 dan gambar 2 (2m)
b) Bandingkan ciri-ciri barang di atas (8m)

MASALAH ASAS EKONOMI

Syarikat As-Salam merancang untuk membuka kilang mengeluarkan roti di Arab Saudi untuk pasaran
di negara-negar Islam”

a) Huraikan dua masalah ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut (6m)

SISTEM EKONOMI CAMPURAN
(ciri atau penyelesaian masalah asas ekonomi)

Negara M
* Kebebasan dalam pemilikan sumber ekonomi akan dikawal oleh kerajaan
melalui undang-undang
* Pihak kerajaan,swasta dan isi rumah bebas membaut pilihan

1 a) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan di negara M (1m)
b) Terangkan ciri sistem ekonomi negara M selain dpd ciri yang dinyatakan di atas (6m)
c) Terangkan cara penyelesaian masalah asas ekonomi
antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi cmapuran (12m)

BAB 2

PENDAPATAN BOLEH GUNA

a) Bagaimana individu membelanjakan pendapatan boleh guna ? (9m)
b) Kira cukai pendapatan berdasarkan maklumat berikut:(8m)

* Pendapatan tahunan En Nabil RM50 000
*isteri tidak bekerja
* anak 3 orang masih bersekolah
*perubatan ibubapa RM1500
*caruman KWSP RM5000
Premium insurans nyawa RM1500

MAKLUMAT PELEPASAN CUKAI:
(diri 8000,isteri 3000,anak RM1000 seorang
,caruman KWSP dan Insurans Nyawa Maksimum RM5000
perubatan ibubapa maksimum maksimum RM5000)
Kadar cukai yang dibenarkan:
RM5000 pertama 0%
RM10,000 berikut 1%
RM15,000 berikut 3%
RM20,000 berikut 5%

c) Hitung pendapatan boleh guna berdasarkan makluamt di bawah (7m):
Gaji : RM4000
KWSP: RM360
Cukai: RM15
PERKESO: RM20
Insurans Nyawa: RM100
Faedah Simpanan : RM100

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

a) Bezakan keperluan dan kehendak (6m)

TABUNGAN

a) x+ Perbelanjaan = Pendapatan – potongan wajib
apakah X? (1m)
b) Terangkan tiga kepentingan tabungan kepada individu (6m)

BELANJAWAN PERIBADI
a) Terangkan langkah-langkah bagi menyediakn belanjawan peribadi (6m)
b) Pendapatan boleh guna Cik Aminah pada bulan April ialah RM2000. Maklumat berikut
menunjukkan perbelanjaan beliau dalam bulan itu

Perbelanjaan RM
Sewa rumah 500
Hiburan / rekreasi 300
Sumbangan kepada ibubapa 300
Kesihatan 100
Tambang 200
Bil elektrik,air ,telefon 200
Makanan 600

1) Adakah anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau ? Berikan alasan anda (5m)
11) Sediakan satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Cik Aminah (4m)
111) Bagaimana merancang belanjawan peribadi yang betul (6m)

BAB 3

HUKUM PERMINTAAN

a) Dengan menggunakan gambarajah ,jelaskan hubungan antara hubungan dengan kuantiti diminta sesuatu barang (7m)

PENENTU PERMINTAAN

a) Bezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan (8m)
b) Jelaskan mengapa berlaku perubahan permintaan
(faktor2 yang menyebabkan perubahan permintaan )
(6m)

KEANJALAN PERMINTAAN

Jenis barang
X
%perubahan kuantiti = 50
% perubahan harga = 20

Y

%perubahan kuantiti = 25
% perubahan harga = 25
Z

%perubahan kuantiti = 30
% perubahan harga = 60

a) 1) Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang (3m)
11) Terangkan strategi yang boleh diambil oleh firma untuk memaksimumkan
keuntungan setiap barang itu (9m)

b) Jelaskan keanjalan harga permintaan dan jenis-jenisnya (8m)

c) Andaikan kerajaan telah menaikkan kadar caruman pekerja KWSP,apakah kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas permintaan barang berikut :
1.gula
11.perabot import
111. ubi kayu (6m)
d) Pada tahun 2007,kerajaan telah menurunkan harga VCD.Terangkan kesan
kejatuhan harga VCD terhadap :
1) barang pengganti
2) barang penggen
BAB 4

DEFINISI DAN PERANAN FIRMA
1) Berikan maksud firma dan peranannya (5m)

PENGELUARAN
Gambar A : Mesin jahit
Gambar B : Benang

a) Kenalpasti jenis input yang terlibat (2m)
b) Berikan tiga perbezaan antara gambar A dan gambar B (6m)

Jadual 1 menunjukkan kos pengeluaran jangka pendek bagi baju batik sutera

Jumlah keluaran Kos Purata Kos sut
0
1
2
3
4
5
6
7
8
-
120
66
50
44
44
46
48
50
-
20
12
18
26
44
56
60
44

Berdasarkan jadal di atas,terangkan hubungan di antara jumlah keluaran dengan kos purata dan kos sut (8m)
c) Jadual 1 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma pembuatan kraftangan

Jumlah keluaran
Jumlah kos
Kos Purata
Kos Sut
0
100
-
-
1
150
150
50
2
180
90
30
3
190
W
10
4
250
62.5
60
5
V
66
80
6
430
71.7
X

1) Hitung : Nilai V ,Nilai W dan nilai X (6m)

KOS PENGELUARAN
A) Berikut ialah kos yg terlibat dlm proses pengeluaran sebuah firma

* Bahan mentah
* Cukai jualan
* Sewa tapakperkilangan
* Insurans KEbakaran kilang

1) Tentukan jenisnya
2) Ternagkan setiap jenis kos tersebut (4m)

Jadual di bawah menunjukkan perbelnajaan Syarikat M& R Sdn Bhd

*Kos tetap: RM22 500
Kos Berubah : RM11 200
Keluaran : 50 000 unit
Harga seunit : RM1.00 seunit

a) Hitungkan kos purata dan jumlah keuntungan atau kerugian syariakt tersbut (3m)
b) Nyatakan jangkamasa syarikat ini dan berikan alasan (2m)

HUKUM PENAWARAN
1) Lukis dan terangkan pembentukan keluk penawaran
2) Lukiskan dan tertangkan hukum penawaran

PENENTU PENAWARAN
3) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran tersebut (6m)
4) Bezakan antara perubahan kuantiti yang ditawar dengan perubahan penawaran (4m)

KEANJALAN PENAWARAN

Harga
Kuantiti ditawar
5

10
6

9

Berapakh nilai pekali keanjalan harga penawaran barang tersebut (1m)
Tafsirkan jenis keanjalan harga penawaran (3m)

BAB 5

DEFINISI PASARAN
a) Apakah maksud pasaran (3m)
b) Bezakan permintaan pasaran dengan penawaran pasaran (6m)

PASARAN BARANG

1) Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran gula

Harga
Kuantiti ditawar
Kuantiti diminta
25
1000
300
20
800
500
15
600
700
10
400
900
5
200
1100

a) Lukis keluk penawaran pasaran dan keluk permintaan pasaran dalam satu rajah
b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran gula berdasarkan rajah di atas
c) Terangkan bagaimana keseimbangan pasaran gula dicapai
PASARAN FAKTOR
1) Bagaimana kadar faedah ditentukan dalam pasaran ? (6m)

ALIRAN PUSINGAN

1) a) Bezakan aliran fizikal dan liran wang dalam ekonomi dua sektor (8m)
b) Lukis rajah aliran pusingan pendaptan berdasarkan maklumat di bawah:

“Syarikat Puza Sdn Bhd mengeluarkan beg sekolah.Pn Hasnah membeli 4 buah beg sekolah keluaran syarikat tersebut dengan harga RM120.Cik Nurul pual ialah anak Puan Hasnah yang bekerja sebagai kerani jualan di Syarikat Puza Sdn Bhd ,Beliau dibayar gaji sebanyak RM800 sebulan ”
2) Berikut adalah tiga situasi yang berasingan:
Terangkan kesan setiap situasi tersebut terhadap pasaran ikan
a) Harga ayam meningkat
b) Teknologi baru penangkapan ikan digunakan
c) Berlaku musim tengkujuh di pantai timur

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

6 Responses to “Soalan Spot Ekonomi Asas K2 SPM 2011”

  1. ekinhalim says:

    sgt2 membantu sy…hope dpt jwb sbaik mungkin…thanks ya…..=)

  2. asma_perlis says:

    sgt mbantu..hope da rzeki la naek yg agk2 mcm nie..tq kt admin
    syukran

  3. ads says:

    Can anyone post your answer here? Ekonomi asas paper 1 spm 2011.

 

Leave a Reply to this Post