salehaSelepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, aktres jelita, Siti Saleha Baharom, 26, selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar, 30, pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri pada jam 11 pagi tadi.

Lutfi, seorang pegawai kerajaan, hadir bersama rombongan keluarganya. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun 2013 dan 2014 itu memberitahu, dia dan Lutfi saling jatuh cinta apabila mula rapat sejak setahun lalu.

LEAVE A REPLY