Sinopsis & Trailer Filem Sembunyi: Amukan Azazil

By | March 20, 2013

Sinopsis Filem Sembunyi: Amukan Azazil

Aishah ialah seorang gadis muda yang hidup di zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan setelah tersedar, mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. Dia diberikan sebuah tempat berlindung oleh orang kampung dan mulakan hidup barunya di sana. Tetapi, tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari tahu bahawa kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. Aishah sering didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa sebuah roh jahat yang tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aisha menjejak kakinya di sana.

Video Trailer Filem Sembunyi: Amukan Azazil

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply