Sinopsis & Trailer Filem Ombak Rindu

By | November 28, 2011

Ombak Rindu diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal, Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal Osman Ali. Jika sebelum ini Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat Novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Filem Ombak Rindu.

Filem Ombak Rindu bakal menemui penonton pada 01 Disember 2011 di seluruh pawagam tanahair. Filem Ombak Rindu diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Ombak Rindu juga turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Offial Trailer Filem Ombak Rindu

Incoming search terms:

One thought on “Sinopsis & Trailer Filem Ombak Rindu

  1. norsaraya

    aku mmg suka novel cerita ombak rindu ni..tp dalam bayangan aku selama ini orangnya bukanlah maya karin..harap2 maya karin dapat membawa watak ini dengan berkesan ..kalau tak tentu jd tak menarik..watak kedua ialah lisa suriani..watak tu mungkin agak tepat diberi padanya.. pada aku izzah memang istimewa..tp bukan maya karin..anyway, aku tak sabar nak tegok cerita ni…permulaan yang bagus mungkin buat aku stay utk tengok cerita ni..tengoklah nnt.

    Reply

Leave a Reply