Sinopsis & Trailer Filem Jiwa Taiko

Filem terbaru arahan Osman Ali bertajuk Jiwa Taiko akan menemui anda bermula 14 Jun 2012 ini. Jiwa Taiko dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Bront Paralae, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa. Filem ini dikhaskan kepada penonton berumur 18 tahun ke atas kerana mempunyai aksi berahi yang melampau. Mampukah Jiwa Taiko memecah rekod kutipan RM 12 juta milik KL Gangster?. Sama-samalah kita tunggu. Saksikan video trailer filem Jiwa Taiko 2012 di bawah.

Sinopsis Filem Jiwa Taiko

Kesalahannya membawa dia ke penjara!, tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka.

Kemunculan Pinto, sahabat baik firman masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal; ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

Trailer Filem Jiwa Taiko 2012

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.