Sinopsis Nyanyian Sakaratul Maut – Cerekarama TV3

Cerekarama TV3 minggu ini bertajuk Nyanyian Sakaratul Maut. Drama terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd diarahkan oleh Haris Kadir. Antara pelakon yang membintangi drama Nyanyian Sakaratul Maut ialah Neelofa, Shaheizy Sam, Datuk Jalaludin Hassan, Farahdhiya dan ramai lagi. Saksikan Nyanyian Sakaratul Maut di Slot Cerekarama TV3 pada 2 Jun 2012 bermula jam 10 malam.

Sinopsis Nyanyian Sakaratul Maut

Norain dan rakan baiknya, Lina yang juga seorang model dan berkawan rapat dengan Talib yang juga seorang pengedar dadah. Konflik bermula apabila Talib ditangkap polis dan ditahan di penjara selama dua tahun. Ketiadaan Talib menyebabkan Norain berada dalam kegelisahan sehinggalah dia bertemu lelaki kaya, Mansor. Pada mulanya, Mansor cuma menumpangkan Norain dengan keretanya tetapi akhirnya dia jatuh hati dengan gadis itu hingga ingin mengahwininya.

Akhirnya, Norain berkahwin dengan Mansor kerana ingin mengejar kemewahan hidup tanpa pengetahuan teman lelakinya, Talib yang berada di penjara ketika itu.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.