Sinopsis Drama Iman Nabila – Slot Azalea TV3 | Blog Berita Online

Sinopsis Drama Iman Nabila – Slot Azalea TV3

June 11th, 2013 0 Comments Sinopsis

Drama Iman Nabila akan mengisi Slot Azalea TV3 mulai 10 Jun 2013 menggantikan drama Kalau Bukan Aku yang baru sahaja berakhir. Drama bersiri 16 episod arahan Shuhaimi Lua ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti El Faeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, Mahmud Ali Basha, Wan Shades, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Tengku Sariza dan Aida Khalida.

Sinopsis Drama Iman Nabila TV3

Kisah Iman Nabila bermula ketika Tuan Arshad memberi amaran kepada menantunya, Salimah. Jika anak kedua Salimah ialah perempuan, dia akan meminta Harris berkahwin lagi. Salimah kecewa dengan ugutan bapa mertuanya lalu memberitahu ibunya, Mardiah. Mardiah merancang sesuatu. Jika Salimah melahirkan cucu perempuan, dia nekad mendapatkan cucu lelaki untuk besannya walau dengan apa cara sekalipun.

Mardiah membeli anak Aida, ibu muda yang ditinggalkan suami dengan harga RM 5000 untuk menjadi cucu Tuan Arshad. Manakala, Nabila diserahkan kepada Halimah, saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata. Harris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dia.

13 tahun kemudian di Kuala Lumpur, Iman membesar sebagai remaja degil dan selalu menunjukkan protes kepada datuknya, Tuan Arshad. Jika permintaannya tidak dipenuhi, Iman akan mengugut untuk melakukan pelbagai perkara termasuk terjun dari balkoni. Kakak Iman, Yasmin pula merasa terpinggir kerana Tuan Arshad tidak melayan permintaannya.

Nabila kini menjadi gadis sunti. Dia terpaksa hidup dengan apa yang diberikan Halimah. Malah, jarang sekali diberi wang saku. Dia juga menjadi tempat Halimah melepaskan marah dan geram. Walau bagaimanapun, Nabila seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.

Suatu hari, Tuan Arshad merungut ketika menunggu Haris, Iman dan Yasmin di bilik mesyuarat. Ketiga-tiganya tidak muncul. Harris masih tidur di rumah kekasihnya, Iman pula baru pulang dari berfoya-foya manakala Yasmin masih keletihan kerana terlibat dengan pembikinan iklan komersil. Mardiah menyaksikan keadaan huru-hara di rumah Tuan Arshad. Melihat perangai Iman, Mardiah menyesal kerana menjadikan Iman cucu Tuan Arshad. Apabila Tuan Arshad menukar rancangan untuk menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi, Mardiah bercadang membawa Nabila masuk ke dalam syarikat.

Mardiah teruja melihat keperibadian Nabila, kecantikan dan sikapnya yang sangat menghormati orang tua. Dia juga mengumumkan Nabila bukan orang gaji baru tetapi salah seorang eksekutif di syarikat Tuan Arshad di hadapan Harris, Yasmin dan Iman. Apakah kemunculan Nabila di dalam keluarga Tuan Arshad akan membongkarkan segalanya? Mampukah Iman berubah demi Tuan Arshad?

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post