Sinopsis Drama Dewi Lasak – Slot Aksi TV3

Sinopsis Drama Dewi Lasak – Slot Aksi TV3

Siri terbaru slot Aksi TV3 iaitu Dewi Lasak menyaksikan pertembungan tiga heroin iaitu Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime yang tampil dengan elemen lasak dan romantik. Diarahkan oleh Pierre Andre, Dewi Lasak turut membariskan pelakon seperti Azwan Kombos, Bil Azali, Niezam Zaidi, Amran Ismail, Lokman Ghani, Along Ezendy dan ramai lagi. Ia bakal bersiaran bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu pukul 9.00 malam.

Sinopsis Drama Dewi Lasak TV3

Mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka.

Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita.

Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani.

Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.