Hiburan

‘Dah la datang lambat, bila sampai sibuk berborak’ – Sharifah Sakinah

By Faizul Lazim

August 10, 2018

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bukan sahaja menarik minat para selebriti atau penggiat fesyen malah, tetamu kehormat (VIP) bersama ‘sosial media influencer’ turut diundang bagi memeriahkan acara tersebut.

Yang menariknya, pelakon Sharifah Sakinah nampaknya sedikit terkilan dengan sikap segelintir tetamu yang tidak tahu menghormati ataur cara majlis dan masa orang lain. Luahan itu dibuat oleh Sakinah melalui akaun Instagram miliknya.

Tambah Sakinah, dia sudah menghadiri acara ini sejak tahun-tahun sebelumnya lagi dan acara ini sepatutnya tidak mengambil masa yang lama .

Sakinah juga meminta para tetamu untuk menghormati pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan acara tahunan ini dengan memenuhi ruangan tempat duduk yang disediakan sebelum acara bermula.

Ketika ini, acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW) sedang berlangsung di pusat membeli belah, Pavillion Kuala Lumpur dan akan tamat pada 12 Ogos 2018.