Ramai yang tahu bahawa Shah Rukh Khan memiliki 3 orang cahaya mata. Yang lelaki memang kacak habis, yang perempuan memang cantik.

Anak perempuannya, Suhana kini berusia 16 tahun dan makin cantik orangnya. Jadi tidak hairan jika ada ramai lelaki yang ingin mendekati puteri kesayangan Shah Rukh Khan itu.

Menerusi temubual dalam majalah Femina baru-baru ini, Shah Rukh Khan sudah menyiapkan 6 syarat khas buat mana-mana lelaki yang ingin bercinta dengan puterinya.

Ini antara 6 syarat gila yang ditetapkan oleh Shah Rukh Khan.

1. Mempunyai pekerjaan

2. Tahu bahawa Shah Rukh Khan tidak pernah menyukai mereka

3. Shah Rukh Khan akan ada dimana-mana

4. Suhana adalah puteri Shah Rukh Khan, bukan hak mereka

5. Shah Rukh Khan tidak kisah jika dipenjara demi menyelamatkan puterinya

6. Jika perkara buruk terjadi pada puterinya, Shah Rukh Khan akan melakukan perkara sama pada mereka

Syarat tersebut nampak mudah untuk dilakukan, tapi menurut sumber tiada lelaki yang mendekati puterinya.

Ini bukan kali pertama Shah Rukh Khan mengugut lelaki yang pernah berniat bersama dengan puterinya.

Sebelum ini Shah Rukh Khan pernah keluarkan kenyataan berani, “Aku akan koyakkan mulut lelaki yang berani cium puteriku.”

LEAVE A REPLY