Datuk Bandar Venice Luigi Brugnaro mahu sesiapa yang melaungkan perkataan ‘Allahu Akbar’ di bandar raya ‘cinta’ itu ditembak.

“Setahun lalu, saya mahu mereka ditembak selepas empat langkah, tetapi sekarang saya mahu selepas tiga langkah,” kata Brugnaro.

Selepas ‘cadangan kejam’ dan tidak masuk akal itu dikemukakan, rakan sejawatannya dari Florence, Dario Nardella berteriak ‘Allahu Akbar’ sebaik sahaja mesyuarat antara kedua-dua mereka bagi membincangkan isu keganasan di bandar Rimini kelmarin selesai.

Agensi melaporkan selepas mesyuarat berkenaan, Nardella bergegas beredar sebelum Brugnaro mengejarnya dan memegang lengannya.

Secara spontan Nardella melaungkan ‘Allahu Akbar’ – perkataan yang didakwa dilaungkan oleh pengganas semasa serangan – sebelum kedua-dua Datuk Bandar terbabit ketawa berikutan ‘lawak jenaka’ yang mereka lakukan.

Klip rakaman insiden berkenaan tersebar di media sosial dan dikecam oleh netizen yang berpendapat kelakuan mereka tidak wajar dan tidak melucukan.

Venice Luigi Brugnaro

Netizen menegaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak sensitif seolah-olah sengaja menimbulkan kemarahan apatah lagi selepas enam hari serangan yang membunuh 15 orang di lokasi tumpuan pelancong di Sepanyol.

Berikutan itu Nardella memohon maaf kerana menggunakan laungan ‘Allahu Akbar’ sebagai bahan gurauan

“Bukan tujuan saya untuk sengaja berbuat salah, bukan kepada komuniti Muslim, bukan itu buat lawak berkaitan agama apatah lagi untuk membangkitkan tragedi baru-baru ini,” katanya selepas perbuatannya menimbulkan kemarahan netizen berikutan tersebarnya rakaman insiden terbabit.

Malah dalam video itu, dakwanya, dia menjarakkan diri dari kenyataan Brugnaro berkaitan orang Islam.

“Sesiapa yang kenal saya tahu bagaimana pentadbiran saya yang berkomunikasi dengan semua komuniti agama termasuk Islam,” kata Nardella.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.