Walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat untuk kontijen negara dalam kejohanan Sukan Olimpik Rio 2016, namun nama penerjun muda Nur Dhabitah Sabri menjadi buah mulut di seluruh dunia.

Penonton dari negara luar meluahkan rasa kagum dengan Dhabitah yang tidak berhenti melemparkan senyuman manis sepanjang pertandingan berlangsung.

Lebih mengagumkan, walaupun terjunannya tidak kemas, namun ia tidak menghalang Dhabitah untuk terus tersenyum di dalam air.

Salah seorang nitizen Melinda Waldrop memuat naik status Twiternya, “Penerjun Malaysia sentiasa tersenyum walaupun di dalam air. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi individu lebih baik.”

Seorang lagi nitizen berkata, “ Saya sudah jatuh cinta dengan penerjun dari Malaysia yang sangat hebat dan sentiasa tersenyum.”

Dalam laporan media, Dhabitah memberitahu, dia sentiasa tersenyum kerana untuk mengawal rasa gemuruhnya.

“Saya tersenyum kerana ia menghilangkan perasaan gemuruh saya,” katanya dalam laporan The Star.

LEAVE A REPLY