Senarai Smartphones Yang Layak Menerima Rebat RM200

By | January 2, 2013

Pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat RM200. Menurut SKMM, senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.

Antaranya Smartphones Yang Layak Menerima Rebat RM200 ialah:

  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply