Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012 | Blog Berita Online

Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012

February 3rd, 2012 0 Comments Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengiktiraf sebanyak 15 sekolah lagi iaitu 7 sekolah menengah dan 8 sekolah rendah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan adalah untuk fasa keenam selepas 167 sekolah menerima pengiktirafan yang sama dalam 5 fasa sebelum ini. Berikut adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012:

Sekolah Menengah

  1. Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah;
  2. SM Sains Dungun, Terengganu;
  3. SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor;
  4. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang;
  5. SM Kebangsaan Alor Akar, Pahang;
  6. SM Tinggi Kluang, Johor;
  7. SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor.

Sekolah Rendah

  1. Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka;
  2. SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur;
  3. SK Agama Sibu, Sarawak;
  4. SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan;
  5. SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor;
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis;
  7. SK Minden Heights, Gelugor, Pulau Pinang;
  8. SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Semua sekolah yang telah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing.

Menerusi Sekolah Kluster, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

Pengiktirafan Sekolah Kluster juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post