Senarai Rasmi Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

By | October 30, 2013

Program Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah rancangan yang menampilkan peserta dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 akan bersiaran secara langsung mulai 8 November 2013 (pemilihan peserta) manakala siaran rasmi mulai 15 November 2013 pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

Senarai Rasmi Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

Seramai 13 barisan pelawak akan beraksi di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Seramai 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.

Promo Maharaja Lawak Mega 2013

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply