Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2012
Mereka yang ada memohon Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) atau sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan dan telah menjalani proses temuduga dan Ujian Insak yang ditetapkan sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.
Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012
Semakan keputusan permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat melalui internet dan sms.
Semakan Melalui Internet
Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:
Semakan Melalui SMS
Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti:
- MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888.
contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.
Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :
- MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888.
contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888
Pengesahan dan Surat Tawaran
Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi portal di atas.
Borang Am 402
Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.
Permohonan Rayuan
Sebagaimana tahun lepas tiada permohanan rayuan dijangka akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar).
Pertanyaan
Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.
Incoming search terms:
Share this article
Sign up free email newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription




