Cara membuat semakan penerima dekoder MYTV percuma secara online. Untuk makluman, penerima dekoder percuma MYTV dipilih dari kalangan dua juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT. Semakan nama penerima boleh dibuat menerusi laman web rasmi MYTV Broadcasting di alamat mytvbroadcasting.my. Sila hubungi MYTV di talian 1300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

Senarai Saluran Yang Ditawarkan Dekoder MYTV

MYTV Broadcasting menawarkan sembilan (9) siaran secara percuma kepada penerima dekoder iaitu:

  • TV1
  • TV2
  • TV3
  • NTV7
  • TV9
  • TV ALHIJRAH
  • TVi
  • Bernama News
  • 8TV

Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV Online

Sila klik MYTV (Unit Dekoder Percuma) dan masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Penerima dekoder percuma MYTV dipilih secara rawak dari kalangan dua juta penerima terbawah dalam senarai BR1M 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT.

LEAVE A REPLY