Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Melalui SAPS

By | July 2, 2012

Ibu bapa dan penjaga kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.

Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :

1. Pergi ke laman web SAPS – http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa

2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar¬† (TANPA “-” atau “SPACE”) dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.

3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip.

* Saya gunakan No. K/P seorang pelajar di sekolah saya (tahun 2011) sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana sistem ini berfungsi. Harap maklum.


Contoh slip keputusan pelajar

Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa.

Contoh analisa keputusan pelajar

Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

One thought on “Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Melalui SAPS

Leave a Reply