Semakan Keputusan Panggilan Ujian MEdSI 2012 | Blog Berita Online

Semakan Keputusan Panggilan Ujian MEdSI 2012

April 22nd, 2012 0 Comments Info, Pendidikan, Pengumuman

Semakan Keputusan Permohonan Panggilan Ujian MEdSI 2012. Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.

Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
Terbahagi kepada 4 bahagian:

  • Personaliti – 110 soalan
  • Minat Kerjaya – 60 soalan
  • Nilai Integriti – 70 soalan
  • Kecerdasan Emosi – 60 soalan

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI. Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012. Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

Tarikh Ujian MEdsi 2012

  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.

Temuduga Program Pendidikan

Mereka yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula. Panggilan temuduga dijangka boleh disemak pada 19 Mei 2012.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post