Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi Raja Ema menjual baju tidur, kini pelakon Nelydia Senrose pula mahu mengikut jejak langkah penyanyi lagu Angan Angan tersebut.

Nelydia Senrose yang berusia 22 tahun ini berkata dia meminati baju tidur.

“Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.”

Koleksi pakaian tidurnya akan dikeluarkan di bawah jenama Impian by Nelydia tidak lama lagi.

Ini merupakan cubaan pertamanya di dalam bidang perniagaan dan Nelydia nampaknya begitu optimis dengan apa yang dilakukannya.

“Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik.

“Sejak itu, saya mula memilih material yang sesuai dan betul-betul selesa untuk dipakai. Prosesnya memang panjang dan saya sangat teliti dalam hal ini,” katanya.

LEAVE A REPLY