Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan.

Mengapa diteruskan?

Walaupun pada mulanya projek berharga RM55 bilion itu telah dibatalkan, namun ia kembali diteruskan kerana pihak kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.

Sekurang-kurangnya inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

Padahal sebenarnya di sebalik tabir ada ‘tangan-tangan’ yang telah lakukan sesuatu terhadap projek ini.

Sebelum ini antara syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu adalah Syarikat T7 Global yang bakal membina jajaran terpanjang ECRL.

Namun, pada 16 Mei 2018, jutawan Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global.

“Dalam Mahathir kata nak batal ECRL, Vincent Tan pula gigih membeli saham syarikat buat ECRL. Tiga hari berturut-turut dia pulun. Maklum la, ada ‘orang dalam’ dah beri maklumat kan.”

Vincent Tan telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walaupun ‘tahu’ ECRL akan dibatalkan.

Selepas Vincent Tan selesai membeli saham syarikat T7 Global, semalam Lim Guan Eng telah mengumumkan projek ECRL diteruskan manakala kos pula telah meningkat kepada RM70 billion berbanding RM55 bilion ketika di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Ada tambahan RM15 billion secara tiba-tiba.

Nampaknya, tidak perlu tunggu lama untuk mereka mula memfaraidkan harta-harta negara. Tapi apakan daya, Malaysia telah memilih.

Rujukan:

http://www.theedgemarkets.com/article/epic-cmc-t7-global-sign-new-mou-ecrl-project-chinese-firm-excluded

http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder

Sumber: Abu Leman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.