Pelakon Izreen Azminda akui rindu untuk membawakan watak antagonis seperti sebelum dia memakai tudung.

Izreen Azminda berkata, disebabkan dia kini sudah berhijab, banyak watak tersekat termasuk watak jahat.

“Jika hendak diikutkan saya pernah pegang pelbagai watak ketika sebelum memakai tudung dahulu.

“Cakap sahaja watak apa yang saya tak pernah bawa, dari watak jahat, watak wanita teranaiya, komedi dan banyak lagi saya telah berpeluang lakonkan.

“Tapi saya lihat sekarang ni selepas saya bertudung ia seolah-olah menyekat saya daripada diberi watak yang pelbagai.

“Malah saya lebih banyak menerima watak komedi sahaja.

“Mungkin ia tersekat kerana saya pakai tudung kerana sensitiviti rakyat Malaysia ni orang yang pakai tudung wataknya perlu baik sahaja.

“Tapi mereka tak tahu realitinya orang pakai tudung atau tidak, jahatnya sama sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Disebabkan itu, Izreen memberitahu dia kini akan memilih setiap karya yang ditawarkan kepadanya.

“Saya terpaksa memilih, kerana jika tidak orang ingat saya boleh berlakon satu watak sahaja dan ia boleh menyebabkan penonton bosan.

“Mungkin jika diberi peluang saya mahu bawa watak antagonis kembali,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY