“Selagi ada kesan melecur pada tubuh Jannah, selama itulah saya akan berasa sedih dengan nasib yang menimpanya

“Saya langsung tidak menyalahkan takdir tetapi naluri keibuan yang menebal menyebabkan hati mudah tersentuh apabila melihat keadaannya,” demikian kata Nor Narissa Sofea Hazari, 21, lapor Harian Metro, hari ini.

Nor Narrisa Sofea ialah ibu kepada bayi berusia 16 bulan, Nur Arissa Jannah yang melecur di anggota badan selepas terkena tumpahan minyak panas ketika berlaku perselisihan faham di antara bapanya, Mohd Salim Nurali, 21, dengan rakan sekerja di kedai makanan segera di Bukit Ampang, 14 November lalu.

Ekoran dari kejadian yang tidak diingini itu, mangsa menerima rawatan selama dua minggu di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dibenarkan keluar hospital pada 5 Disember lalu.

Menurut ibunya, banyak perubahan yang berlaku ke atas Nur Arissa selepas kejadian itu. Anaknya mula berubah menjadi seorang bayi yang sensitif, mudah mergam dan takut kepada orang yang tidak dikenali.

“Anak saya akan menangis dan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali selain kerap menangis, mungkin trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Nor Narissa Sofea juga turut melecur di kedua-dua lengan, paha dan kaki kira kerana terkena minyak panas yang ditendang oleh rakan suaminya itu.

Doktor pernah mencadangan untuk melakukan pembedahan menampal kulit pada tangan kanan Nur Arissa Jannah yang melecur teruk tetapi pasangan itu menolak kerana anak mereka masih kecil dan demi keselamatan anak.

Meskipun anak dan dirinya melecur akibat kejadian itu, Nur Narissa Sofea langsung tidak berdendam dengan tiga lelaki terbabit. Malah suaminya ada menghubungi tiga lelaki berkenaan untuk berjumpa dan menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara baik, namun mereka enggan bertemu.

LEAVE A REPLY